PT 35460 (Tingkat 2), Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

turunkan berat badan elakkan dengkur

Turun berat badan elakkan dengkur

Sebelum berjumpa pakar perubatan, beberapa kaedah boleh diamalkan supaya masalah dengkur dapat diatasi dengan baik.

Beliau berkata, cara terbaik mengelak berdengkur di kalangan obesiti ialah dengan memastikan tidak obes.

“Turunkan berat badan dulu supaya pernafasan berlangsung dengan konsisten dan baik. Jika berat badan normal, tisu di bahagian hidung, otot di bahagian tekak dan anak tekak tidak bertambah dan saluran udara lebih sempurna.

Elak makan dua jam sebelum tidur

“Untuk mengelak mengalami kegemukan dan juga dengkur ketika tidur, pastikan kita tidak makan banyak dan hidangan berat, dua jam sebelum tidur.

“Jangan minum alkohol. Ini menyebabkan otot di bahagian anak tekak menjadi lembut dan boleh menyebabkan sumbat di saluran pernafasan,” katanya.

Antara kaedah lain yang boleh diamalkan ialah tidur dan bangun waktu yang sama setiap hari. Elakkan tidur terlalu lambat supaya dapat menikmati tidur yang kualiti dan sempurna.

Katanya, jangan tidur terlentang sebaliknya mengiring dalam bilik yang tidak berhawa dingin. Bilik yang terlalu sejuk boleh menyebabkan alahan atau berlaku resdung yang mengakibatkan seseorang terpaksa bernafas menerusi mulut kerana hidung tersumbat.

kredit :Berita Harian,21 Jul 2018

Related Posts