PT 35460 (Tingkat 2), Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.
012-785 3626

PETUA KURANGKAN DENGKURAN

PETUA-KURANGKAN-DENGKURAN-SNORKY-CREAM

Berdengkur adalah satu sifat yang tidak digemari terutama apabila anda sudah berkahwin kemudian pasangan anda berdengkur. Pastinya menganggu anda untuk tidur. Apabila waktu tidur anda terganggu, kemungkinan hari siang anda akan tidak mempunyai mood. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan dengkuran.

Untuk pengetahuan anda, mukus yang berlebihan adalah salah satu daripada sebab-sebab yang membuat anda berdengkur. Mengurangkan jumlah lendir penumpukan di tekak dan penumpang hidung untuk mengosongkan saluran pernafasan. Ini akan membantu anda mengurangkan atau mencegah berdengkur.

Sebenarnya dengan membuat jus, dengkuran itu boleh berhenti. Tidak percaya? Anda ikut resepi yang kami kongsikan ini.

Bahan-bahan:
2 biji epal
2 biji lobak merah
¼ lemon
Halia sebesar ibu jari

Cara membuat:
Campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan mesin pengisar. Lebih elok sekiranya gunakan bahan-bahan organik. Lagi cepat pengurangan berdengkur.

Selain dari itu jangan makan seperti coklat yang berlebihan, makanan yang bergoreng, elakkan makan-makanan yang berserbuk dan makanan yang diproses.  Dengan kurangkan permakanan tadi, dan minum minuman berjus yang dibuat tadi, pasti dengkuran akan berkurangan. Mana tahu, hilang terus. Selamat mencuba!

Related Posts