PT 35460 (Tingkat 2), Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

tip mudah kurangkan masalah dengkur

Tip mudah kurangkan masalah dengkur

RAMAI daripada kita yang berdengkur dan bagi yang mempunyai pasangan ia sudah tentu menggangu tidur kerana bunyinya yang tidak menyenangkan.

Namun sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut daripada berlarutan.

Pil tidur, pengambilan nikotin termasuk alkohol sebenarnya boleh menyebabkan masalah berdengkur anda bertambah buruk menurut Pusat Pembelajaran Kesihatan Kebangsaan Jerman.

Tetapi bangun dan tidur pada waktu sama setiap hari boleh membantu mengurangkan masalah dengkur.

Selain itu, susu panas dan teh herba juga boleh membantu anda tidur lena tanpa berdengkur.

Jika tidak suka teh atau susu, apa kata sebelum tidur mandi menggunakan air suam serta melakukan senaman ringan yang boleh meningkatkan kualiti tidur anda.

Sementara itu, lelaki pertengahan umur lebih cenderung untuk berdengkur berbanding wanita manakala perempuan kebiasaannya mengalami masalah itu apabila mencapai tahap menopause.

Dalam kes-kes tertentu, berdengkur juga adalah petanda anda mempunyai masalah tidur seperti apnoea yang boleh menyebabkan anda mengalami keletihan sepanjang hari.

Jika itu berlaku, berjumpalah doktor anda untuk mendapatkan rawatan.

kredit:https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/07/05/masalah-dengkur

Related Posts