PT 35460 (Tingkat 2), Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

MALU DEK BUNYI BISING DENGKURAN, INI 9 CARA ATASI MASALAH TIDUR BERDENGKUR DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Malu-Dek-Bunyi-Bising-Dengkuran,-Ini-9-Cara-Atasi-Masalah-Tidur-Berdengkur-Dengan-Mudah-Dan-Berkesan-Snorky-Cream

Masalah berdengkur ketika tidur sangat sinonim dengan lelaki. Jika dengkurannya perlahan tidak mengapa, tetapi bagaimana dengkurannya sekuat bunyi kereta api atau sebuah trak? Ini serius.

Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa letih apabila bangun keesokkan harinya, malah menggangu emosi pasangan kita yang tidak lena dek bunyi bising kita. Jom atasi masalah tidur dengan mencuba satu daripada 9 tip ini untuk mengurangkan dengkur ketika tidur!

Semoga ia dapat membantu anda dan juga orang-orang di sekeliling anda.

tidor

1. Ubah posisi tidur 

Andainya sebelum ini anda tidur dalam keadaan terlentang, cuba ubah posisi tidur anda kepada tidur mengiring. Selain itu, cuba tinggikan sedikit bantal anda semasa tidur. Pasti ia akan membawa perubahan yang dramatik pada dengkuran anda.

2. Mandi Air Panas Sebelum Tidur

Masalah dengkur berlaku apabila ada gangguan pada saluran pernafasan pada bahagian saluran hidung atau tekak. Jika anda mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.

tidor

3. Pasang Pelembap Udara Di Dalam Bilik

Kalau anda hendak tahu, masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Apabila anda tidur dalam suhu bilik sebegini, hidung anda perlu bekerja lebih kuat ketika tidur untuk mendapatkan udara segar, sehinggakan anda berdengkur. Dengan memasang pelembap udara (air humidifier), bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.

tidor

4. Tidur dengan Bantal Yang Tinggi

Lagi satu petua untuk mengurangkan dengkur adalah dengan tidur dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang sedikit tinggi. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat. Tetapi, bantal tersebut tidak perlu terlalu tinggi sehingga anda sakit tengkuk! Cukup sekadar 4 ke 5 inci lebih tinggi dari paras biasa kepala anda ketika berbaring.

5. Jangan Ambil Makanan Berat Sebelum Tidur

Tabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur. Malah, ada kajian yang menyatakan bahawa makanan seperti minuman susuan akan menyebabkan masalah dengkur yang semakin teruk. Jadi, perhatikan apa yang anda makan sebelum tidur dan elakkan dari makan lewat malam. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan masalah tidur anda.

6. Banyakkan Minum Air

Dengan minum banyak air, ia akan membantu melembapkan saluran pernafasan anda dan seterusnya mengelakkan anda daripada berdengkur. Amalkan minum 8 gelas air kosong sehari supaya anda dapat mencegah masalah tidur berdengkur ini.

7. Buat Latihan Mulut yang Dapat Mengurangkan Dengkur

Jika anda ingin mengurangkan bunyi bising ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.

  • Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang.
  • Ulang selama 3 minit setiap hari.
  • Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat.

Latihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.

8. Kurangkan Berat Badan

Andainya semasa memiliki berat badan ideal anda tidak berdengkur, tetapi apabila berat badan anda bertambah dan sewaktu itulah anda sedar anda berdengkur, cubalah berusaha untuk kurangkan berat badan anda. Sebenarnya, apabila berat bertambah, lemak yang wujud di leher andalah yang menyebabkan dengkuran itu terjadi.

9. Dapatkan tidur secukupnya

Tidur yang tidak cukup ataupun tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca berlakunya tidur berdengkur. Jangan tidur secara tidak menentu ataupun tidur terlalu lewat kerana ini akan menggalakkan berlakunya tidur berdengkur.

Sumber: Ruziana Zainal (http://www.maskulin.com.my/2017/07/24/malu-dek-bunyi-bising-dengkuran-ini-9-cara-atasi-masalah-tidur-berdengkur-dengan-mudah-dan-berkesan/)

Related Posts