PT 35460 (Tingkat 2), Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

6 JENIS MAKANAN INI CEGAH TIDUR BERDENGKUR, TAK CUBA TAK TAHUKAN!

6-JENIS-MAKANAN-INI-CEGAH-TIDUR-BERDENGKUR-TAK-CUBA-TAK-TAHUKAN

Rupanya masalah tidur berdengkur boleh dicegah dengan 6 jenis makanan ini. Tidaklah nanti malam-malam tidur berbunyi. Boleh buat orang keliling bingit telinga. Mengganggu tidur pun iya. Sebab itu kena atasi segera masalah berdengkur. Fahamkan betul-betul cara nak elak berdengkur ini.

Sebenarnya orang yang tidur berdengkur itu pun akan terganggu tidurnya. Kejap-kejap dia boleh terjaga. Tak percaya, cuba perhati suami atau isteri atau sesiapa saja yang tidur berdengkur. Apa habit dia masa tidur. Kadang-kadang mereka akan alami sesak nafas sama.

Jangan buat main-main, sebab daripada kajian 80 peratus daripada penghidap tak sedar pun yang dia tidur berdengkur. Sebab itu dia buat tak tahu dengan masalahnya. Anda yang paling rapat tu usahakanlah sesuatu untuk elak tidur berdengkur. Lagi-lagi penghidap itu orang yang anda cintai sepenuh jiwa.

6 Makanan Yang Buat Tidur Berdengkur Menjauh Pergi

Susu Soya

Minuman susu soya adalah alternatif terbaik buat mereka yang alah laktosa dan tidur berdengkur. Ia pengganti kepada susu lembu. Mereka yang sensitif dengan laktosa boleh alami alergik sehingga menyebabkan laluan rongga hidung membengkak lalu mengakibatkan bunyi dengkuran.

Lagipun, produk berasaskan tenusu misalnya susu lembu mudah membentuk lendiran dan menyebabkan gangguan pernafasan.

“Susu lembu juga boleh membentuk kahak sehingga menyebabkan kesesakan nafas” ujar Dr. Nicholas Lorenzo, Ketua Pegawai Perubatan Untuk Penyedia Teleperubatan MeMD kepada Medical Daily.

Teh

Teh boleh mengurangkan kahak dan kesesakan. Dan akhirnya, mengurangkan dengkuran. Air rebusan teh akan membebaskan wap, yang mana ia mampu meredakan kesesakan di bahagian hidung semasa bernafas (menarik dan menyedut nafas).

Semasa minum teh, wap yang dibebaskan daripada herba teh tadi akan melalui rongga hidung. Ia mengecutkan lendiran sekaligus memperbaiki sistem saluran hidung. Dr Lorenzo mencadangkan agar memilih teh peppermint untuk mengurangkan dengkuran. Lagipun ‘mint’ itu kan herba semula jadi yang bagus untuk melegakan kesesakan hidung.

Madu

Campuran madu dan teh sebelum tidur boleh membantu kurangkan berdengkur. Ia dapat melegakan kerongkong. Kandungan madu itu sendiri anti bakteria dan anti kerengsaan yang membantu mengurangkan kesesakan di sekitar peti suara.

Kajian yang dijalankan tahun 2010 dan diterbitkan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine mendapati madu boleh mencegah jangkitan kuman dan melegakan membran yang alami kerengsaan ketika selesema, dalam kerongkong atau saluran pernafasan bahagian atas. Ambil minuman teh bercampur madu sebelum tidur untuk melegakan kerongkong, kurangkan kesesakan dan bengkak.

Kunyit

Postur tidur atau kelainan pada tidu lembut dalam kerongkong boleh menghadkan aliran udara melalui hidung dan mulut. Yang diakibatkan laluan pernafasan menyempit atau akibat kerengsaan. Kunyit juga ada ciri-ciri anti kerengsaan, Ia membantu mencegah kerengsaan terutama yang menyebabkan tidur berdengkur.

Lisa Marie, pengasas Garden of Falbor, berkelulusan holistic educator, menjelaskan terdapt sejenis bahan aktif yang dinamakan curcumin dalam kunyit. ia antioksida dan bahan yang sangat berkuasa mencegah kerengsaan. Tanpa memberikan sebarang kesan sampingan dan pelega kesakitan yang selamat dan semula jadi.

Sebab itulah, beliau mencadangkan agar mencuba tonik kunyit (sejenis jus) yang mengandungi probiotik sekaligus membantu mencegah dengkuran.

Ikan

Kalau nak elakkan tidur berdengkur tengah malam. Cubalah gantikan makan daging kepada makan ikan. Lemak tepu yang ada dalam daging boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian hidung. Ia mengundang pertambahan asid arachidonic sehingga menyebabkan peningkatan Pg 2.

Yang mana ia boleh menyebabkan tisu dalam kerongkong membengkak dan berlakunya sinus. Jika makan ikan, ia membekalkan sumber protien tanpa meningkatkan jumlah pg 2. Fatty acid dalam ikan sebenarnya membantu mengurangkan berlakunya kerengsaan pada tisu dalam kerongkong.

Bawang Merah

Betul bawang merah menyebabkan bau nafas yang kurang selesa. Tapi ia penyelamat kepada individu yang tidur berdengkur. Herba dapur ini juga membantu mengurangkan simptom selesema dan demam.

Bawang merah itu sendiri mengandungi anti kerengsaan dan agen pelega kesesakan. Ia boleh mecegah kesumbatan pada rongga hidung. Membuatkan udara boleh melalui hidung dengan lancar.

Bila dah tahu 6 jenis makanan ini boleh bantu cegah masalah tidur berdengkur segeralah amalkan dengan konsisten. Semoga kesungguhan anda mahu mengelak daripada berhadapan dengan penghidap masalah dengkuran ini akan dipermudahkan jalannya.

Sumber : medicaldaily.com

Petikan Dari: http://www.mingguanwanita.my/6-jenis-makanan-ini-cegah-tidur-berdengkur/

Related Posts